Saturday, 13 April 2013

UNSUR-UNSUR KEMUKJIZATAN AL QURAN


Kefasihan dan Keindahan Al-Quran
Unsur pertama kemukijizatan Al-Quran ialah kefasihan dan balaghahnya. Maksudnya, untuk menyampaikan maksud dan tujuan dalam setiap masalah, Allah SWT menggunakan kata dan kalimah yang paling lembut, indah, ringan, serasi dan kukuh. Melalui cara tersebut, baginda Muhammad SAW menyampaikan makna-makna yang dimaksudkan kepada para mukhatab iaitu melalui sastera yang paling baik dan mudah di fahami.
Untuk mengetahui kemukjizatan Al Quran dari sudut balaghah (keindahan), kefasihan dan keindahan bahasanya, tidaklah mudah kecuali bagi orang-orang yang memiliki pengalaman dan keistimewaan di dalam pelbagai imu sastera Arab dan melakukan perbandingan antara keistimewaan-keistimewaan Al Quran dan pelbagai jenis bahasa yang fasih serta menguji kemampuan mereka dengan melakukan analogi dalam hal itu.
Hal ini tidak menjadi masalah kepada para penyair dan saterawan Arab kerana keistimewaan orang orang Arab yang paling menonjol pada masa diturunkan Al Quran ialah ilmu Balaghah dan sastera. Puncak kemahiran mereka pada masa itu ditonjolkan semasa mereka membuat pemilihan bait-bait kasidah dan syair setelah diadakan penelitian dan penilaian yang merupakan kegiatan seni dan satera yang paling besar.

Kehebatan Nabi Muhammad SAW
Walapun saiznya tidak besar, tetapi Al Quran adalah kitab suci yang merangkumi berbagai pengetahuan, hukum-hukum dan syariat baik yang bersifat personal atau sosial. Untuk mengkaji secara mendalam setiap cabang ilmu tersebut memerlukan kelompok kelompok yang terdiri dari para ahli di bidangnya masing-masing, kesiriusan yang tinggi dan masa yang lama agar dapat diungkap secara tahap sebagai rahsianya dan agar hakikat kebenarannya boleh digali lebih banyak walaupun ianya tidak mudah kecuali bagi orang-orang yang betul-betul memiliki ilmu pengetahuan, bantuan dan inayah khusus dari Allah SWT.
Al-Quran mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang paling tinggi, luhur dan berharga nilai akhlaknya, paling adil dan kukuh undang-undang, paling berpengaruh dan bermanfaat nasihat-nasihatnya, paling menarik kisah-kisah sejarahnya dan yang paling baik pendidikan dan pengajarannya. Dalam erti kata yang lebih ringkas, Al-Quran mengandungi seluruh dasar-dasar yang diperlukan oleh setiap manusia untuk merialisasikan kebahagiaan mereka di dunia dan di akhirat. Semua itu dirangkaikan dengan susunan yang indah dan menarik serta tidak ada bandingnya sehinggakan semua lapisan masyarakat dapat mengambil manfaat darinya sesuai dengan potensi mereka masing-masing.
Merangkumi semua ilmu pengetahuan dan hakikat di dalam sebuah kitab seperti ini, ianya mengungguli kemampuan manusia biasa. Namun, yang lebih mengkagumkan dan menakjubkan adalah bahawa kitab suci Al-Quran ini diturunkan kepada seorang manusia yang tidak pernah belajar dan mempunyai pendidikan sama sekali sepanjang hidupnya serta tidak pernah walaupun hanya sekali memegang pen dan kertas. Ia hidup dan tumbuh besar di sebuah lingkungan yang jauh dari kemajuan dan peradaban.
Yang lebih mengkagumkan lagi, selama 40 tahun sebelum diutus menjadi Rasul, baginda tidak pernah terdengar ucapan mukjizat seperti itu. Sedangkan ayat-ayat Al-Quran dan wahyu Allah yang beliau sampaikan pada masa-masa kenabiannya memiliki cara dan susunan kata yang khas dan berbeza sama sekali dari seluruh perkataan dan ucapan peribadinya. Perbezaan yang jelas antara Al-Quran dengan seluruh ucapan baginda dapat disentuh dan disaksikan oleh seluruh masyarakat dan umatnya. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 48 yang bermaksud :
"Dan kamu tidak pernah membaca sebelum satu bukupun dan kamu tidak pernah menulis satu buku dengan tanganmu. Karena jika kamu pernah membaca dan menulis, maka para pengingkar itu betul-betul akan merasa ragu (terhadap Al-Qur'an)".

No comments:

Post a Comment