Saturday, 13 April 2013

PEMBAHAGIAN MUKJIZAT AL-QURAN


Al-Quran mempunyai pelbagai mukjizat. Antara mukjizat Al-Quran ialah akan sentiasa dijamin oleh Allah daripada ditokok tambah atau dikurangkan kandungan di dalamya untuk dijadikan pedoman dan panduan umat manusia sehinggalah hari kiamat. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hijr ayat 9 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.”
Mukjizat Al-Quran dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahasa, isi kandungan dan ilmu.

Mukjizat Al-Quran Dari Segi Bahasa
Al-Quran diturunkan semasa bangsa Arab berada pada kemuncak kegemilangan dan kemajuan bahasa. Kegeimalangan bagsa Aran telah lahirnya kemunculan sasterawan, pemidato dan juga penyair. Penurunan Al-Quran sangat mengkagumkan dan mempersonakan mereka dengan keindahan gaya bahasa serta susunan lafaz-lafaz ayat suci Al-Quran. Bahasa  Al-Quran juga lengkap dengan sastera dengan keindahan susunannya dan gaya bahasanya dari segi fasahah dan balagah. Sebagai contoh, seorang sasterawan terkenal pada masa itu iaitu Al-Walid Bin Mugirah tertarik dengan dan terpesona apabila mendengar nabi membaca Al-Quran dengan katanya:
والله ما هو با لشعر ولما بالسحر ولما بالكهانة
“Demi Allah! Perkataan tersebut bukan Syair, bukan Sihir. Bukan Kahanah (Mentera yang biasa dibaca oleh Dukun.)”
Allah menurunkan Al-Quran sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW yang dilengkapi dengan sastera yang tinggi bahasanya kerana pada masa itu masyarakat Arab pakar dalam bidang puisi, prosa dan sebagainya. Penurunan Al-Quran sangat mengagumkan mereka dan sekaligus melemahkan mereka dan semua ahli bijak pandai dalam pemikiran sastera mereka.
Kelebihan Al-Quran melalui ketinggian gaya bahasanya adalah tidak dapat ditandingi oleh sesiapa kerana Al-Quran telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang bersifat “ummi”. Hal tersebut dapat membuktikan dan mengukuhkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah. Al-Quran juga adalah kalam Allah dan bukan ciptaan atau ucapan Nabi Muhammad SAW semata-mata.

Mukjizat Al-Quran Dari Segi Isi Kandungan
Al-Quran mempunyai 114 surah yang dimulai dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan surah An-Nas. Al-Quran mengandungi 6236 ayat. Terdapat pelbagai mukjizat dari segi isi kandungan. Anatarnya ialah yang pertama Al-Quran mengandungi kisah yang telah berlaku di zaman sebelum Nabi dan peristiwa itu benar-benar terjadi. Contohnya seperti kisah Ashab Al-Kahfi iaitu kisah pemuda-pemuda yang beriman lari daripada Raja Dakyanus dan tenteranya untuk menyelamatkan iman mereka dan bersembunyi di dalam sebuah gua dan telah ditidurkan oleh Allah selama 300 tahun. Sepertimana firman Allah yang bermaksud :
“Dan mereka telah tinggal tidur Dalam gua mereka: tiga ratus tahun Dengan kiraan ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).”
Di samping itu, Al-Quran juga dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi serta membongkar sifat-sifat keji dan pendustaan orang munafik pada zaman Nabi terdahulu. Sebagai Contoh dalam kisah kepalsuan yang disebarkan oleh mereka dengan memfitnah Aisyah isteri Nabi melakukan zina dengan sahabat yang bernama Safuan Bin Mu’attal. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi ayat 19 :
“Maka (dikatakan pula kepada golongan itu): "Sesungguhnya mereka (yang kamu puja dan sembah) itu telah mendustakan dakwaan kamu (bahawa mereka Yang menyesatkan kamu). oleh itu, kamu semua tidak akan dapat menjauhkan azab seksa atau beroleh sebarang pertolongan". dan sesiapa Yang berlaku zalim di antara kamu (Wahai umat manusia, Dengan kekufuran atau maksiat), Kami akan merasakannya azab seksa Yang besar.”
Isi kandungan Al-Quran juga meliputi segala bidang ilmu iaitu dunia dan akhirat. Ianya bersesuaian dengan tempat, masa dan keadaan. Di samping itu, Al-Quran juga mruapakan khazanah ilmu pengatahuan yang tepat dan betul. Sebagai contoh, ahli sains dan falak sebelum Islam khususya Aristotle mengatakan matahari sentiasa bergerak tetap dan tidak beredar bahkan planet-plenet lain yang bergerak dan beredar mengelilingiya. Pendapat dan kajian itu adalah tidak benar. Al-Quran telah menjelaskan matahari juga beredar dan tidak tetap. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Yasin ayat 38 yang bermaksud :
“Dan (sebahagian dari dalil Yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat Yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui.”

Mukjizat Al-Quran Dari Segi Ilmu
AI-Quran meliputi semua bidang ilmu pengetahuan. Antaranya ialah yang pertama ilmu ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat serta haji. Yang kedua ialah ilmu tentang aqidah dan menyeru semua manusia supaya mentauhidkan Allah serta mengabdikan diri kepada-Nya semata-mata. Yang ketiga ialah pengetahuan tentang muamalat yakni perhubungan dengan manusia lain. Contohnya tentang gadaian, hutang-piutang dan jual beli. Di dalam bidang ekonomi Islam pula, Al-Quran menyatakan bahawa umat Islam perlu sentiasa mencari kebahagiaan untuk bekalan pada hari akhirat kelak di samping tidak mengabaikan urusan keduniaan dalam mencari rezeki dan menimba ilmu Allah. Selain itu, di dalam Al-Quran juga mengandungi ilmu-ilmu balaghah, nahu, sastera dan Iainnya seperti sejarah, politik, pentadbiran dan semua lapangan ilmu yang tidak terhitung.

 Contoh-contoh Mukjizat Ilmiah Yang Terdapat Dalam Al-Quran
·         Istilah-istilah embriologi di dalam Al-Quran :
Firman Allah SWT dalam surah Al-Mukminun ayat 12 hingga 14 yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada suatu seripati ( berasal) dari tanah. Kemudian kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang. Lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian jadikan dia makhluk yang(berbentuk) lain. Maka maha suci Allah, Pencipta yang paling baik.”
Firman Allah SWT dalam surah Nuh ayat 13 hingga 14 yang bermaksud :
“Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah mencipta kamu dalam beberapa tingkatan kejadian.
Al-Quran telah memperjelaskan tahap-tahap pembentukan embrio manusia sebelum kajian sains membuktikan kesahihan proses-proses yang berlaku dalam proses pembentukan bayi.

·         Bukti manusia mempunyai cap jari yang berbeza :
Firman Allh SWT dalam surah Al-Qiyamah ayat 3 hingga 4 yang bermaksud : Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna.
Setiap orang memiliki set cap jari yang unik bagi dirinya. Setiap manusia yang hidup atau pernah hidup dalam dunia ini mempunyai satu set cap jari yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan cap jari ini mempunyai kepentingan kepada kehidupan. Hal ini kerana, perbezaan cap jari ini boleh digunakan sebagai satu bukti penting pengenalan diri, yang eksklusif kepada pemiliknya, dan digunakan untuk tujuan pengenalan identiti di seluruh dunia.
Penemuan penting cap jari ini baru ditemui pada akhir kurun ke 19. Sebelum itu, manusia menanggap cap jari adalah satu lengkungan yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau pengertian yang spesifik. Bagaimanapun dalam Al-Quran, Allah SWT mengisyaratkan cap jari adalah fakta yang tidak menarik minat siapa ketika itu dan menarik tumpuan kita kepada kepentingannya. Ianya adalah satu kepentingan yang akhirnya baru difahami hari ini.

·         Bukti kejadian siang dan malam di dalam Al-Quran :
Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 190 yang bermaksud :
“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan Bumi serta silih bergantinya siang dan malam terdapat tanda-tanda orang yang berakal”
Di antara kekuasaan Allah ialah telah menjadikan siang dan malam. Fitrah kehidupan manusia siang dijadikan untuk manusia keluar melakukan pekerjaan dalam mencari rezeki serta mencari kurniaan Illahi. Kejadian langit malam berbeza dengan langit siang. Berbeza situasi pada waktu siang, Allah telah mengurniakan kita dengan cahaya yang terang iaitu melalui pancaran dari matahari yang juga merupakan pusat cakerawala. Allah telah menjadikan matahari yang memberi banyak kebaikan kepada bumi. Matahari bertindak menyinari bumi pada waktu siang untuk menyuburkan tanaman, proses penyejatan air hujan dan sebagainya.
Siang lebih panas dari malam. Malam untuk manusia serta makhluk ciptaan Allah yang lain beristirahat serta memberi tumpuan dalam beribadat kepadaNYA. Selain itu juga, pada waktu malam, Allah telah memberi kita nikmat dengan kita dapat melihat keindahan bintang- bintang dan objek langit menghiasi langit malam sebagai menenang dan penyejuk bagi sesiapa yang memandangnya. Siang beransur-ansur pergi dan malam beransur-ansur datang. Kejadian siang dan malam silih berganti pada setiap hari. Keadaan ini berlaku kerana Bumi berputar pada paksinya semasa ia mengelilingi orbit Bumi. Satu putaran Bumi pada paksinya memakan masa selama 24 jam. Bumi berputar pada paksinya dengan kelajuan 1700km per jam dan mengorbit Matahari dengan kelajuan 30 km sesaat.
Apabila Bumi mengorbit Matahari menyebabkan bahagian yang menghadap Matahari akan mengalami siang dan yang membelakangi matahari akan mengalami malam. Oleh kerana paksi Bumi condong sebanyak 23.5 darjah, hal ini menyebabkan ada bahagian Bumi yang akan mengalami panjang siang dan malam yang berbeza. Siang bermula apabila Matahari terbit dan berakhir apabila Matahari ghurub. Malam berlaku apabila keadaan sebaliknya berlaku. Dari sini dapatlah kita lihat bahawa, kajian tentang peredaran bumi berputar di atas paksinya mengelilingi matahari akan terjadinya proses siang dan malam seperti mana yang telah tertulis sekian lama di dalam Al-Quran tentang kejadian ini terbukti benar. Kejadian siang dan malam ini merupakan salah satu petunjuk Allah yang disampaikan melalui Al-Quran.

·         Bukti susu ibu dalam Al-Quran
Susu ibu adalah ciptaan Tuhan yang tiada bandingannya. Kepentingan dan kebaikan susu ibu kepada tumbesaran bayi tidak perlu dinafikan lagi. Susu ibu merupakan sumber makanan yang bermutu tinggi bagi bayi yang baru lahir dan merupakan satu sebatian yang meningkatkan imuniti melawan penyakit. Walaupun kini terdapat pelbagai jenis susu formula yang telah dihasilkan, namun tiada satu pun yang dapat menandingi khasiat susu ibu ini. Pelbagai kebaikan berkaitan susu ibu kepada bayi ditemui. Satu fakta telah menyingkap mengenai khasiat susu ibu ialah bahawa proses penyusuan selama dua tahun selepas kelahiran adalah sangat berfaedah. Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 14 :
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah megandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menceraikan (dari susuan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah tempat kembalimu.”

No comments:

Post a Comment